Monday, May 3, 2010

Tanam tiang elektrik TNB di Batang Kali...




Baru-baru ini saya ada ke Batang Kali untuk melihat tapak yang telah 'idle' lebih daripada 2 bulan...'Idle' di sebabkan punca-punca tenaga elektrik dan air tiada lagi...namun baru-baru ini kerja pemasangan tiang elektrik TNB telah di jalankan...InsyaAllah 2 bulan lagi kerja menyemai dapat di lakukan jika tiada aral melintang...

Besut project...


Ini adalah 'baby' cili padi yang berada di Besut,Terengganu....sebanyak 14,000 anak pokok cili padi yang di semai dan mempunyai pelbagai varieti antaranya sentil,askara,sonari,covery dan pertama merah...'baby' ini di semai pada 15 Mac 2010 dan sepatutnya di pindah ke polybag pada 21 April 2010...namun atas masalah punca air,pemindahan ini di tunda...lokasi sebenarnya penanaman cili padi ini ialah di Kg.Tok Dor,Besut dan berada di dalam kawasan PLPP Wilayah Timur Jabatan Pertanian...

Gambar-gambar di atas di ambil pada waktu kerja mengisi cocopeat di dalam polybag yang di lakukan oleh pekerja warga Bangladesh..