Tuesday, December 8, 2009

Batang kali update




Di sini saya nak update sikit tentang projek cili saya di batang kali...baru tadi saya jumpa cina suruh dia buat kerja tereskan tanah kerana tanah saya berbukit..so kene tereskan baru boleh tanam..

Gambar paling atas sekali adalah pokok cili yang saya letak di ladang untuk tujuan R&D..nak tengok kt ladang ni banyak serangga tak?or banyak kulat tak?so saya biar je dekat situ...umur pokok ni da lebih kurang 1 bulan.

Monday, December 7, 2009

Cili di serang kulat




Apa khabar semua...di sini saya nak kongsi sikit pasal buah cili saya ni da kena serangan kulat atau dalam bahasa inggeris nya fungus attack...kulat biasanya berpunca dari tanah atau di bawa angin...kemungkinan besar serangga yang bawa...Ok ni saya nak ceritakan sebab apa dan kenapa boleh jadi macam ni :-

1. da nak dekat 3 minggu saya tak letak racun serangga dan kulat saja nak tengok pokok ni tahan ke tak..

2. tiada sungkupan iaitu bahagian yang menutup tanah(silvershine) di bawah untuk mengurangkan penyakit dari serangga dan kulat.

3. terdapat banyak asap kerana projek perumahan di jalankan di belakang pokok cili ni..

ini lah punca-puncanya...walaubagaimanapun saya masih berpuas hati kerana pokok cili ini rentan(kuat) dalam penyakit...cuma ada daun yang kerinting tapi jumlahnya tidak banyak...

Limau nipis



Ini pokok limau nipis saya sebelah pokok cili yang saya tanam depan rumah...tengok da berbuah da limau saya ni...hehehe :D

Cili




Assalamualaikum dan salam sejahtera....ini adalah pokok cili yang saya tanam di depan rumah...cuba lihat da berbuah dan berbunga da pokok saya ni...yang anak panah merah menunjukkan buah dan yang putih menunjukkan bunga....pokok cili ni dulunya saya tanam kt serdang,tapi saya ambil balik sebab dekat serdang takde orang tolong jagakan..

Kasturi vs Purut


Kedua-dua jenis limau ni saya beli dekat nursery...limau purut(kanan) beli dekat nursery berhampiran rumah dan limau kasturi(kiri) beli dekat nursery di serdang..limau kasturi da berbuah tapi saya tengah tunggu limau purut ni...APSAL LAMBAT SANGAT BERBUAH? dua-dua pokok saya da taruk baja npk 12:12:17:2 iaitu baja buah tapi hasilnya limau kasturi yang sibuk berbunga dan berbuah...WHAT'S WRONG WITH MY LIMAU PURUT? ada jugak kes orang tanam limau purut langsung tak berbuah...pokok je besar,baja pun cukup tapi tetap tak berbunga dan berbuah..ada jugak orang kata limau purut kalau dari tut susah nak berbunga(peratusannya kurang) tapi kalau dari benih akan berbunga tapi lambat..saya pun tatau pokok limau purut saya ni dari tut or benih...saya tunggu je la sebab pokok limau purut ni memang makan masa untuk berbuah..ia berbeza dengan limau nipis dan kasturi...

Benih cili di semai !!



Inilah rupa benih cili yang di semai selama 30 hari...da boleh transplant ke tanah atau polybag kalau ikutkan...saya menggunakan baja foliar dan npk 15:15:15 untuk mempercepatkan tumbesaran pokok ini...tapi awas,baja npk jangan sekali-sekali taruk banyak,nanti mati pokok tu sebab baja ni panas...taruk sebutir(bulat) je 1 pokok dan jangan terkena pada pokok..

Sunday, December 6, 2009

Tolak Tanah





Ini adalah tanah keluarga yang dahulunya banyak pokok getah...terletak di Kg Genting Malik,Batang Kali,Hulu Selangor dengan keluasan 1 hektar. Orang Cina kata tanah ni ada 'ong' atau fengshui baik kerana berbukit dan terdapat 2 punca air mata air...Orang Cina menggelarkan tanah ini 'The Eye of Dragon'..ada fengshui baik or ada 'ong' tatau la btol ke tak tuhan lebih tahu...Btw tujuan tanah ini di tolak kerana saya ingin mengusahakan tanaman cili...ini merupakan projek pertama saya selepas menanam rock melon,bayam,kangkung,sawi dan sebagainya semasa di Serdang semasa kursus dengan Jab.Pertanian. Keluasan 1 hektar ini boleh menanam 10000-15000 pokok cili.Selepas bermulanya projek ini,ada lagi tanah yang perlu di tolak untuk membesarkan projek ini...ia adalah kerana 1 hektar tidak cukup untuk tujuan komersial...makan sendiri-sendiri boleh la kot...doakan saya :D insyaAllah