Monday, May 3, 2010

Tanam tiang elektrik TNB di Batang Kali...




Baru-baru ini saya ada ke Batang Kali untuk melihat tapak yang telah 'idle' lebih daripada 2 bulan...'Idle' di sebabkan punca-punca tenaga elektrik dan air tiada lagi...namun baru-baru ini kerja pemasangan tiang elektrik TNB telah di jalankan...InsyaAllah 2 bulan lagi kerja menyemai dapat di lakukan jika tiada aral melintang...

Besut project...


Ini adalah 'baby' cili padi yang berada di Besut,Terengganu....sebanyak 14,000 anak pokok cili padi yang di semai dan mempunyai pelbagai varieti antaranya sentil,askara,sonari,covery dan pertama merah...'baby' ini di semai pada 15 Mac 2010 dan sepatutnya di pindah ke polybag pada 21 April 2010...namun atas masalah punca air,pemindahan ini di tunda...lokasi sebenarnya penanaman cili padi ini ialah di Kg.Tok Dor,Besut dan berada di dalam kawasan PLPP Wilayah Timur Jabatan Pertanian...

Gambar-gambar di atas di ambil pada waktu kerja mengisi cocopeat di dalam polybag yang di lakukan oleh pekerja warga Bangladesh..



Tuesday, December 8, 2009

Batang kali update




Di sini saya nak update sikit tentang projek cili saya di batang kali...baru tadi saya jumpa cina suruh dia buat kerja tereskan tanah kerana tanah saya berbukit..so kene tereskan baru boleh tanam..

Gambar paling atas sekali adalah pokok cili yang saya letak di ladang untuk tujuan R&D..nak tengok kt ladang ni banyak serangga tak?or banyak kulat tak?so saya biar je dekat situ...umur pokok ni da lebih kurang 1 bulan.

Monday, December 7, 2009

Cili di serang kulat




Apa khabar semua...di sini saya nak kongsi sikit pasal buah cili saya ni da kena serangan kulat atau dalam bahasa inggeris nya fungus attack...kulat biasanya berpunca dari tanah atau di bawa angin...kemungkinan besar serangga yang bawa...Ok ni saya nak ceritakan sebab apa dan kenapa boleh jadi macam ni :-

1. da nak dekat 3 minggu saya tak letak racun serangga dan kulat saja nak tengok pokok ni tahan ke tak..

2. tiada sungkupan iaitu bahagian yang menutup tanah(silvershine) di bawah untuk mengurangkan penyakit dari serangga dan kulat.

3. terdapat banyak asap kerana projek perumahan di jalankan di belakang pokok cili ni..

ini lah punca-puncanya...walaubagaimanapun saya masih berpuas hati kerana pokok cili ini rentan(kuat) dalam penyakit...cuma ada daun yang kerinting tapi jumlahnya tidak banyak...

Limau nipis



Ini pokok limau nipis saya sebelah pokok cili yang saya tanam depan rumah...tengok da berbuah da limau saya ni...hehehe :D

Cili




Assalamualaikum dan salam sejahtera....ini adalah pokok cili yang saya tanam di depan rumah...cuba lihat da berbuah dan berbunga da pokok saya ni...yang anak panah merah menunjukkan buah dan yang putih menunjukkan bunga....pokok cili ni dulunya saya tanam kt serdang,tapi saya ambil balik sebab dekat serdang takde orang tolong jagakan..

Kasturi vs Purut


Kedua-dua jenis limau ni saya beli dekat nursery...limau purut(kanan) beli dekat nursery berhampiran rumah dan limau kasturi(kiri) beli dekat nursery di serdang..limau kasturi da berbuah tapi saya tengah tunggu limau purut ni...APSAL LAMBAT SANGAT BERBUAH? dua-dua pokok saya da taruk baja npk 12:12:17:2 iaitu baja buah tapi hasilnya limau kasturi yang sibuk berbunga dan berbuah...WHAT'S WRONG WITH MY LIMAU PURUT? ada jugak kes orang tanam limau purut langsung tak berbuah...pokok je besar,baja pun cukup tapi tetap tak berbunga dan berbuah..ada jugak orang kata limau purut kalau dari tut susah nak berbunga(peratusannya kurang) tapi kalau dari benih akan berbunga tapi lambat..saya pun tatau pokok limau purut saya ni dari tut or benih...saya tunggu je la sebab pokok limau purut ni memang makan masa untuk berbuah..ia berbeza dengan limau nipis dan kasturi...